Johor akan membantu tujuh mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja untuk mendapatkan pekerjaan baharu yang bersesuaian di negeri Johor.<br /><br />Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri, Mohd Hairi Mad Shah berkata, ketika ini dianggarkan terdapat sehingga 19 ribu kekosongan pekerjaan pelbagai sektor di Johor.
